koperasi persaudaraan kampung sri paya berhad - 202462301627

TONG TRAIN: TARIKAN UTAMA KOPERASI PERSAUDARAAN KAMPUNG SRI PAYA
Tong Train merupakan antara tarikan utama di bawah Koperasi Persaudaraan Kampung Sri Paya. Aktiviti ini membawa pengunjung menikmati perjalanan santai mengelilingi kampung menggunakan ATV yang disambungkan seperti kereta api mini. Ia sesuai untuk kanak-kanak, keluarga dan rombongan pelancong yang ingin merasai suasana kampung sambil beraktiviti dengan selamat dan menyeronokkan.
11/21/20251 min read


Di Kampung Sri Paya, tersimpan sebuah tarikan yang semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Tong Train merupakan sebuah aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh Koperasi Persaudaraan Kampung Sri Paya. Bagi sesiapa yang mencari pengalaman kampung yang unik, menyeronokkan dan penuh gelak tawa, Tong Train inilah pilihan yang paling tepat.
Pengalaman Berbeza dari Aktiviti Lain
Jika biasanya ATV hanya ditunggang secara individu, Tong Train menawarkan konsep berbeza beberapa tong drum disambungkan seperti gerabak kereta api, membentuk satu “tren mini” yang bergerak mengelilingi laluan kampung. Aktiviti ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak ketinggalan mencuba kerana ia selamat, santai dan sangat menyeronokkan.
Menjelajah Keindahan Kampung Sri Paya
Laluan Tong Train membawa pengunjung menyusuri suasana kampung yang damai:
• Deretan pokok kelapa bergoyang perlahan ditiup angin.
• melihat suasana haiwan ternakan yang bebas.
Setiap perjalanan memberi pengalaman berbeza. kadang-kadang kedengaran bunyi ayam berkokok, kadang-kadang disapa penduduk kampung yang ramah, dan selalunya disertai gelak tawa peserta yang menikmati suasana.
Hubungi
Sedia membantu anda setiap masa
© 2024. KOPERASI PERSAUDARAAN KAMPUNG SRI PAYA BERHAD
