koperasi persaudaraan kampung sri paya berhad - 202462301627

HILANGNYA TRADISI PEMBUATAN TEMPE: KOPERASI PERSAUDARAAN KAMPUNG SRI PAYA USAHA HIDUPKAN SEMULA WARISAN JAWA
Tradisi membuat tempe secara tradisional semakin dilupakan. Koperasi Persaudaraan Kampung Sri Paya berusaha menghidupkan kembali warisan Jawa ini melalui bengkel dan program komuniti agar generasi muda terus mengenal dan mewarisi cara pembuatan tempe asli.
11/21/20251 min read


Dalan kemajuan dunia moden hari ini, banyak warisan makanan tradisional semakin hilang ditelan masa. Antara yang semakin jarang ditermui ialah tempe yang dihasilkan secara tradisional, satu makanan yang penting dalam budaya jawa yang pernah menjadi makanan harian masyarakat dahulu.
Walaupu tempe masih di jual di pasar atau kedai runcit, cara pembuatannya yang asli semakin tidak ketahui, terutama oleh generasi muda. Proses membuat tempe dahulu bukan sekadar memasak, tetapi sebahagian daripada identiti dan budaya masyarakat jawa.
TRADISI YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Dahulu, tempe merupakan makanan asas keluarga Jawa yang murah, berkhasiat dan sering dijadikan hidangan utama seperti tempe goring, sambal tempe dan banyak lagi. Ia melambangkan kesederhanaan dan kreativiti masyarakat desa. Jika tradisi ini tidak dijaga, warisan makanan jawa mungkin tinggal sejarah.
KOPERASI PERSAUDARAAN KAMPUNG SRI PAYA MENGHIDUPKAN SEMULA WARISAN TEMPE
Menyedari tentang kepentingan menjaga warisan nenek moyang, Koperasi Persaudaraan Kampung Sri Paya mengambil langkah proaktif untuk menghidupkan semula tradisi pembuatan tempe secara tradisional. Melalui program komuniti dan kelas praktikal, koperasi merancang untuk:
a) Mendokumentasikan resepi dan teknik membuat tempe dari orang lama.
b) Mengadakan bengkel pembuatan tempe tradisional untuk belia dan penduduk setempat.
c) Menggunakan kaedah balutan daun tempe/daun waru sebagaimana tradisi asal.
d) Menjadikan tempe tradisional sebagai produk koperasi.
e) Mewujudkan aktivit warisan jawa untuk pelajar dan pelawat.
Hubungi
Sedia membantu anda setiap masa
© 2024. KOPERASI PERSAUDARAAN KAMPUNG SRI PAYA BERHAD
